Biasiswa National Science Fellowship (NSF)
Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Modal Insan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan satu biasiswa yang dikenali sebagai biasiswa National Science Fellowship (NSF).
Biasiswa National Science Fellowship merupakan satu biasiswa elit yang ditawarkan kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat M.Sc dan PhD dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi. Antara keistimewaan biasiswa NSF ini di antaranya adalah elaun sara hidup yang tinggi, elaun penempatan penyelidikan/pembentangan kertas kerja dan juga pertukaran status dari M.Sc ke Phd sekiranya berkelayakan.
Untuk makluman tuan, mulai tahun ini, Kementerian akan menaja pelajar ke luar negara dan oleh itu satu program head hunting/temu duga pelajar di luar negara akan diadakan di kawasan yang berdekatan dengan universiti pelajar-pelajar.
Oleh itu, Kementerian amat memerlukan kerjasama dari pihak Malaysian Student Department (MSD) di Australia untuk menghebahkan dan memberitahu pelajar-pelajar Malaysia di Australia. Program head hunting ini dijangka akan diadakan pada 30 Julai 2007 di Melbourne dan 1 Ogos 2007 di Adelaide.
- Tempat Temu duga di Melbourne : SOFITEL HOTEL on Collins Street pada 30 Julai 2007 mulai jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg
- Tempat Temu duga di Adelaide : HILTON HOTEL, Adelaide pada 01 Ogos 2007 mulai jam 10.00 pg - petang (kalau ramai calon)
(Tempat-tempat temuduga ni tentative dahulu..akan di sahkan kemudian).
Untuk makluman, pegawai yang terlibat dalam program ini adalah:
- Y. Bhg Dato Zuraidah Hj Muhamed (Dato TKSU (O).
- En Zalaludin Abdullah (Pengarah Modal Insan)
- Y.Bhg Dato Prof Mohamed Isa Abd Majid (Pengarah Institut Farmaseutikal & Nutraseutikal)
- Tn Hj Yahaya Ahmad (Naib Presiden Bahagian Perkhidmatan Sokongan SIRIM Bhd)
- Cik Khairul Bariah Darduri - Urusetia
- Pn Khairiatun Md Zin - Urusetia

July 23rd, 2007 at 12:03 pm
uit, dpt email kata tunda ke tarikh lain. apekahh
July 24th, 2007 at 4:05 am
yakah?? boleh tulung fwdkan emel tu ke saye tak?? saye takde dalam mailing list yang diorg anta2 tuh.. yg emel aritupon saye suro mook fwdkan kat saye.. :sad:
July 28th, 2007 at 3:50 pm
all da best for your interview…hope u happy n success in wuteva u do