himpunan kisah klasik untuk masa depan
satu // kehilangan penduduk
adelaide makin sepi.. kehilangan penduduk.. semua telah pulang ke bolehland.. junior2 kesayangan telah tiada, maka tiada rakan untuk melepak.. sedih amat.. rasa mahu menangis di airport tetapi berjaya mengawal kekacakan diri.. huhu.. junior yang tidak disayangi juga telah tiada, maka tidak mengapalah.. lolz.. yang tinggal cumalah rakan2 seperjuangan yang bakal bergraduasi bersama kelak.. “congrat” ye..
dua // pesta makan hujung tahun
dua hari lepas berdinner bersama-sama rakan2 seperjuangan yang bakal bergraduasi di restoran beyond india di utara adelaide.. enam belas orang sahaja yang hadir.. mungkin event itu tidak dicanangkan serata adelaide.. kalau tidak, pasti ramai lagi yang akan menghadiri karena jumlah pelajar yang bergraduasi sebenarnya agak ramai.. tapi tidak mengapalah.. kumpulan lebih kecil, maka lebih mesra.. lolz..
weekend lalu pula bermekong bersama beberapa rakan2 dan junior2.. tujuannya hanyalah makan, tapi sengaja membawa encik edi yang bakal kahwin akhir tahun ini menikmati daging kangaroo sebelum hilang status bujang.. huhu..
jumaat yang lepas pula telah berbuat bbq bersama-sama rakan2 seperjuangan serta dihadiri junior2.. berbbq sahaja, biasalah, gaya hidup aussie.. lepas berbbq, bermain bola sepak secara tidak formal pula.. semua berkaki ayam, setelah kekenyangan bermakan ayam entah berapa kilo..
beberapa hari sebelum itu, ada pula pesta merayakan pelajar yang bergraduasi anjuran asrul, malisa, joe dan asri.. ntah berapa kilo ayam juga dihidangkan.. tambahan pula ada nasi beriyani ayam dan kambing (dilabelkan secara ilustrasi) dan juga kari telur (ilustrasi label yang meragukan).. terima kasih kepada pihak penganjur dan juga yang menghabiskan makanan..
kemudian, ada juga sessi bermekong bersama-sama junior2 yang agak disayangi (kena paksa membelanja sebenarnya) disertai encik muadz dan cik qlod.. habis beratus untuk bermakan lapan orang.. gila amat.. nasib baik berkongsi membayar.. kalau tidak memang tidak akan disayangi lagi junior2 itu..
tiga // berbuang masa bersama junior2
akhir2 ini, sebelum adelaide kehilangan penduduk, banyak pula menghabiskan masa bersama junior2.. mendapat jemputan makan di rumah dan juga keluar bersuka-ria.. pergi bershopping ke harbor town, keluar bermakan2, berpiknik di windy point, dan macam2 lagi.. paling menarik adalah apabila mendapat beberapa hadiah graduasi daripada mereka.. huhu.. tapi malas mahu membuat list sekarang.. tunggu lepas graduasi lah, mahu tahu hadiah bertambah lagi.. huhu.. sangat rindu mereka!
empat // gheysa sessi 07/08
“senget la weh!!” - other gheys
“that’s because we are not straight” - acap and faiz (2007)
“ooooooo.. hahaha!!” - all gheys
“maju jaya”, “istiqamah dan tawaduq”, “tiada apa yang dijanjikan, selain makanan”, “farouk bukan abang aku!”, “undang2 gheysa akan didaulatkan”, demikianlah antara manifesto2 yang dicanangkan semasa a-ghey-m gheysa beberapa minggu lalu (entry yang agak lambat karena s/u malas, so founder terpaksa berbuat).. tahniah kepada semua ahli komiti baru gheysa bagi sessi tahun depan.. tahniah juga karena event malam itu berjaya dijalankan dengan segala kelancaran.. berikut adalah senarai ahli komiti baru yang saya ingat.. sila beritahu jika ada kesilapan atau kekurangan..
president: faris
vpres: elfer
s/u: pok chek
bendahari: bear2ketua pemuda: im
timbalan: aidilajk kerohanian: sirul
ajk keselamatan: apam
ajk pemakanan: woque
ajk kebersihan: faiz
ajk kegelapan (penerangan): acap
saya kini hanyalah penasihat tetapi tetap memegang title founder seumur hidup.. terima kasih juga kepada incik ihsan karena telah bertindak sebagai pengerusi majlis pada malam itu.. by the way, tahniah kepada beberapa wakil gheysa yang berjaya mentarbiyahkan beberapa pelajar di christchurch sehingga tertubuhnya cawangan ghey club yang baru di sana, ghey eskimo kalau tidak silap saya.. sila beritahu jika saye tersilap..
beberapa hari kemudian, atas usaha ajk kegelapan yang baru, gheysa telah membuat aktiviti pertama yang agak tinggi nilai gheynya, iaitu berswimming di aquatic centre.. seramai 13 orang gheys telah menghadiri event tersebut dan tahniah diucapkan kepada komiti baru kerana event tersebut amatlah menyeronokkan..
lima // berfutsal yang tiada hasil
beberapa minggu lalu, ada berfutsal anjuran masca sa.. malangnya kali ini tiada hasil seperti event futsal yang lalu di manatelah berjaya membawa pulang pingat perak.. kali ini, haprak pun tiada.. kecewa amat lalu cuba mencederakan seorang daripada ajk masca sa (kak long, bukan nama sebenar), namun tidak menjadi kerana ade paparazzi mengambil gambar yang boleh dijadikan bukti di makhamah kelak..
apa-apa pun, tahniah kepada semua pasukan yang menang, dan tahniah juga kepada faris ronaldindong (bak kata incik ihsan) kerana berjaya menerima piala penjaring terbanyak, selepas berjaya mengalahkan sirul yang bosan dalam penlty shoot-outs kerana berkongsi mata jaringan yang sama..
sekian..

December 16th, 2007 at 1:04 am
woo woooo.. ape berbuat kamu semua di sana? cepat pulang. rindu mahu berlepakan beramai-ramai.
December 16th, 2007 at 1:21 am
hari hari elmo and friends la.. huhu..