Jom tengok bola!

Seluruh warga Ansara dijemput untuk datang memberikan sokongan kepada pasukan bolasepak Ansara Kuala Terengganu di dalam Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Alumni Musim 2007 menentang wakil Persatuan Murid Tua Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh, STAROBA seperti berikut :

Tarikh: Sabtu 26hb Januari 2008
Masa: 5.00petang
Tempat: Stadium UKM Bangi

Ansara Kuala Terengganu layak ke perlawanan akhir setelah menewaskan Ansara Taiping 2 – 0 di dalam perlawanan separuh akhir.

Piala Alumni merupakan salah satu daripada 3 piala utama di dalam pertandingan bolasepak Liga Alumni Malaysia antara pasukan mewakili persatuan-persatuan bekas pelajar sekolah-sekolah Malaysia .

Dua piala lain di samping Piala Alumni merupakan Piala Perdana bagi Johan Liga Divisyen Satu dan Piala Ansara bagi pertandingan kalah mati. Ansara Kuala Terengganu merupakan Johan Piala Ansara musim 2007 setelah menewaskan MCOBA di dalam perlawanan akhir Ogos lalu sementara STAROBA merupakan pemenang Piala Perdana setelah muncul sebagai Johan Liga Divisyen Satu tahun ini.

Sementara itu di dalam pertandingan Kejohanan Kebangsaan Bolasepak Liga Alumni Musim 2007 pula dua pasukan Ansara yang terpilih mewakili negeri masing-masing – Ansara Kuala Terengganu dan Ansara Beseri – akan bertemu di dalam perlawanan spearuh akhir pada 16hb Februari nanti bagi merebut tempat ke perlawanan akhir pada 24hb Februari. Di dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, wakil Perak STAROBA akan bertemu wakil Kelantan, Alumni SMS Machang. Kelantan merupakan juara bertahan.

p/s: saye ansara, arwah ayah saye staroba.. sape mcoba? faram? mong? lolz.. alumni sms machang saye tau,kusum n pulong.. huhu.. sapekah kusum?? misteri.. misteri.. �:twisted:

Bookmark and Share

2 comments

  1. Zikri says:

    Alisha mana plak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*