bisi pusing-pusing
semalam pergi berkenduri asip dan isterinye nuha di pusat belia antarabangsa (iyc), bandar tun razak, cheras.. setelah beberapa hari merancang dan bergoogle-map, bertolaklah saye kuar dari umah pada pukul 12 untuk mengambil rulai di rumahnye di segambut setelah tersangkut di pasar borong selayang selama 30 minit akibat kesesakan lalu lintas.. lalu kami pon menuju ke cheras melalui lebuhraya lingkaran tengah 2 (mrr2) yang cuma mengambil masa lebey kurang 20 minit saje.. huhu..
kendian kami singgah di stesen lrt/erl bandar tasik selatan untuk mengambil n kecik yang menaiki erl dari putrajaya.. di sana, kami terserempak pula dengan hadi, bear, farayas dan kawannya syam.. oleh kerana syam tahu jalan menuju ke iyc, maka berkonvoilah kami.. sebelum itu kami singgah pula di hukm yang terletak di hadapan iyc untuk mengambil qlodie yang sedang menunggu bersama parentsnye.. huhu..
majlis berjalan dengan lancar, walaupon edi beberapa kali mengajak saya berbuat jahat seperti mahu mencuri lauk udang di meja pengantin dan mencuri salah satu tingkat dari kek pengantin yang 3 tingkat itu.. huhu..
(piccu dicurik dari page rulai; sile check entri ini untuk melihat lebih byk piccu majlis serta hadirin dan hadirat)
selepas berkendurian, merancang untuk melepak pula.. mulanya merancang untuk ke klcc.. maka bekonvoilah 2 kereta dari iyc menuju ke klcc.. oleh kerana bolehland adalah negara yang maju, ramai rakyatnya memiliki kenderaan, maka terpisahlah konvoi 2 kereta itu.. sedang kelam kabut.. qlodie menerime panggilan dari parentsnye lalu menyuruhnye segera menuju ke rendezvous, iaitu di rumah kak shaz yang terletak di melawati.. maka terpaksa lah menelepon kereta lagi satu untuk memberitahu kesulitan kami..
kak shaz kendian ditelefoni untuk diminta alamat.. sedang dlm perjalanan baru tersedar, macam la kami ni hebat sgt nk cari umah tu.. lalu menelipon kmar meminta arah tuju dari umah die menuju ke umah kak shaz.. huhu.. smpy di umah kak shaz, parents qlod sudah menunggu.. semua orang lalu masuk seketika bagi sessi beramah mesra dan qlodie akhrnye di bawa pulang ke tg malim.. lolz..
kendian mendrop n kecik di stesen lrt berhampiran lali mendrop rulai di rumahnye pule sebelum saye menuju ke ikea kerane telah berjanji ngn aider untuk menemani die membeli barang.. selepas itu aider mengajak minum, tetapi saye sudah tak larat.. lalu mendapat msg dari ojan, juge mengajak minum.. adeh2.. terpakse ditolak juge kerana saye amat penat dah mahu berehat..
pulang ke rumah, berym seketika.. lalu mendapat piccu tabess.. tabley tido smpy pagi..
p/s: hari hari makan konflik (tak ingt setatus ym sape semalam)
February 5th, 2008 at 6:19 pm
…
jom pusing-pusing lagi?
ampes betul, orang berbuat kabinet tak menghadirkan diri arini. kalau tak boleh ke mara. haha~
February 6th, 2008 at 8:00 am
lu apa pun tak tau.. dgn org kabinet pon boley kene tipu.. lalala~